Wednesday, 15 July 2020

Murid Tingkatan 3 meninggal dunia di sekolah

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR - Seorang murid lelaki berusia 15 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak di sini hari ini.

Menurut sumber, murid Tingkatan Tiga itu dalam keadaan sihat sebelum mangsa tiba-tiba pengsan di dalam kelas di sekolah berkenaan.

"Semasa pemeriksaan suhu sebelum mangsa memasuki sekolah, pihak sekolah mendapati suhu badannya tidak menunjukkan demam atau tidak normal.

"Mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu memaklumkan bedah siasat ke atas mangsa sedang dijalankan di hospital berkenaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.

Sumber: Sinar Harian

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon