Saturday, 18 July 2020

Murid Tingkatan Tiga meninggal dunia di sekolah bebas COVID-19 - KKM

Pelajar tingkatan tiga yang meninggal dunia di sebuah sekolah di Bandar Tun Razak Rabu lepas negatif COVID-19 kata Menteri Kesihatan lapor BERNAMA.

Pada 15 Julai yang lalu, seorang pelajar lelaki berusia 15 tahun dilaporkan meninggal dunia di sebuah sekolah menengah di Bandar Tun Razak di sini.

Menurut sumber, pelajar Tingkatan Tiga itu dalam keadaan sihat sebelum mangsa tiba-tiba pengsan di dalam kelas di sekolah berkenaan.

"Semasa pemeriksaan suhu sebelum mangsa memasuki sekolah, pihak sekolah mendapati suhu badannya tidak menunjukkan demam atau tidak normal.

"Mangsa dihantar ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz untuk rawatan lanjut sebelum disahkan meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Sinar Harian hari ini.

Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon ketika dihubungi Sinar Harian mengesahkan kejadian itu memaklumkan bedah siasat ke atas mangsa sedang dijalankan di hospital berkenaan.

"Siasatan lanjut masih diteruskan bagi mengenal pasti punca kematian, kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut," katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon