Thursday, 9 July 2020

Orang sibuk kemas sekolah, pentadbir ini sibuk shopping di IKEA

Imej via Naharudeen Othman
Nukilan seorang Pengetua Cemerlang, Sekolah Menengah Sains Teluk Intan (SEMESTI).

Guru kanan aku wajib baca .. ini bacaan untuk orang yg nak berubah bukan untuk bacaan golongan old skool yg jumud...

LADAP kaedah baharu

Pada sesiapa yg pernah tgk movie ...how to train a dragon? Kalau kita hayati cerita itu banyak proses yg perlu dilalui..bukan mudah untuk melatih naga.. sama la jugak saya yg berpegang kepada philosophy "grow teachers.nurture students" tugas saya adalah untuk melatih guru guru saya dalam banyak aspek dan bukanlah mudah untuk melatih guru.. melatih kalau kita katakan setakat minta cikgu hadir LADAP 6 jam pada hari sabtu mmg mudah.. tapi sekadar mendengar celoteh...sekadar buat LDK..sekadar melaung laungkan kata kata semangat tapi akhirnya back to square one juga.. maka kita pun melaporkan LADAP kita berjaya... taip laporan terus masuk fail.. tapi indikatornya adakah cukup sekadar itu kalau kita katakan kita nak melatih atau nak grow cikgu... pada saya kalau begitulah kita latih cikgu kita no wonder cikgu kita dok macam tu... no wonder kita ni dlm pendidikan asyik kena kecam walaupun planning kita hebat..tapi execution kita ke lautan pasifik pasal kita gagal nak memberikan latihan secara hands on pada guru kita...

Hari ni kami ke Ikea... saya tahu walaupun tiada yg menulis secara terbuka tetapi dlm hati pasti berkata... orang sibuk sibuk nak buka sekolah mereka ke ikea... apa kena mengena ikea dgn segerombolan cikgu yg pergi shopping suka suka... dasyat sungguh pegi shopping guna bas sekolah... dgn pengetua ikut sekali...siap kata dalam fb nak bagi ladap 10 jam...

"Kami lain daripada yang lain"

Macam ni lah para netizen... dari hari pertama kami semua jadi SEMESTIVENGERS kami nak jadi lain dari org lain..org lain kalut nak tgk gps spm..kami lebih fokus nak tgk indeks kegembiraan kami meningkat... org lain lebih gembira kalau tak diberi ruang jadi tuan rumah kejohanan besar.... kami mintak nak jadi tuan rumah ragbi sbp 7s yg lebih 100 team ambik bahagian... org lain sibuk menentang penggunaan phone disekolah...bdk bdk kami bebas guna phone dlm kelas... kami mmg lain..kalau datang sekolah kami nak tgk fail bertimbun kami tak ada..sbb tu jugalah nama saya tak dibawa naik ke atas pasal saya sendiri tak suka file..saya suka proses hands on untuk training cikgu dan bdk saya... kalau datang nak jumpa pengetua pun mungkin susah nak jumpa dia... sbb dia pakai converse pink...hahaha

Cuba ubah pemikiran yang biasa

So apa kaitan ke IKEA ni... this is my training program to the teachers... or should i call them my think tank...how do you see shopping in IKEA as your training...

Yg pertama sekali ubah sikit pemikiran jgn jadi jumud... my training program towards flip dan future classroom ni dah mula lama bilamana kami berkumpul di the house untuk brainstorm bagaimana nak merubah landskap dan redesign curriculum sekolah kamj..and the shopping at ikea is one of the element.. bahkan sebelum ini juga saya pernah bawa rombongan kecil ke ikea cheras as my pilot study tapi kurang berjaya.. saya balik saya study..saya ubah approach dan hari ini saya bawak mereka lagi sekali...hari ini berjaya dgn rating kejayaan 95 %..

Flipped Classroom & Future Classroom

Kepada yg tahu bagaimana kami bangunkan flipped classroom dan future classroom kena faham cikgu cikgu saya ini telah menjalani proses training hands on yg sangat panjang esp my guru kanan.. hari ini saya ada guru kanan yg cukup energetic dan sentiasa excited dgn ideas..saya ada pk yg dah blh ikut phase dan melody saya hasil training pelik yg mereka lalui.. mereka ini tanpa mereka sedari bekerjasama dgn prof prof dari upm untuk future classroom.. bertemu dgn pegawai dari PADU..saya bawak mereka ke function superheroes padu..mereka juga saya temukan dgn prof prof dari upsi untuk penubuhan satelite center.. mereka juga saya ajak panjat menara TM one... untuk tm one showcasekan sekolah kami..kalau meeting hari jumaat jgn cerita terlalu banyak yg saya dah train mereka...mcm mcm kami kena buat...

Akhirnya apa yg kami cita citakan untuk bina 4 future classroom tercapai... cuba tanya mereka apa yg saya suruh mereka buat...mereka kena lalui proses dlm merancang untuk bina future classroom ini..dari brainstorm dan mula present idea masa camp sebelum bukak sekolah di cgkt jong..entah beraoa kali mereka brainstorm... blh saja saya panggil interior design bagi duit..bangkit tidok esok dah ada Future classroom.. tapi apa yg cikgu saya dapat... jadi saya bagi duit ..kamu bekerjasama... keluarkan leadership dlm diri kamu... cari ideas.. sbb saya org yg suka ideas..semua cikgu bekerjasama.... dan ke IKEA tadi adalah proses yg perlu mereka lalui dalam training yg orang lain tak blh pikir atau brain... tapi saya blh pikir... dan saya tau cikgu cikgu saya pegi dgn muka gembira dan tau mereka sedang di train... sbb key point kami ialah happines..sbb tu ladap kami di ikea..menu meat ball...dan conclude dgn nasi kandar...

Kenapa IKEA?


1. MENEROKA IDEA
Imej via Facebook Naharudeen Othman
Dalam IKEA kalau kita betul betul hayati banyak gila great ideas dari advertising board.. marketing... showcase... barang barang dia... up todate.. bila cikgu saya masuk ikea mereka sedang terokai otak seorang genuis yg hebat.

2. BUKAN SEKADAR MAKAN MEAT BALL, THINK GLOBAL
Imej via Facebook Naharudeen Othman
The winning mentality dan the feel good factor..ikea represent the new trend and life style and classy type of people..di mana mana kita pergi IKEA looks so global.. aku hampir lupa IKEA itu di Batu Kawan... so aku nak cikgu cikgu aku think global..jadi up to date..that's why aku nak depa makan meat ball...but jangan lupa nasi kandar..thats why kita wash up dgn nasi kandar... ada cikgu aku baru first time pi IKEA.. ini mentality yg aku nak depa belajag dari ikea.

3. "TRAINING GROUND" UNTUK MELATIH SEORANG KETUA
Imej via Facebook Naharudeen Othman
IKEA pada aku adalah training ground yg terbaik untuk train leadership...yg pertama leader tadi.. guru kanan dia tak blh tunjuk dia lekeh dari cikgu dibawah dia walaupun itu first time dia makan meat ball.. dia mesti lead the group but at the same time collaborate..dlm IKEA kita akan rambang mata..so kita belajar nak fokus..kembali ke pangkal jalan...and the most important thing stay within bajet..and of course aku nak yg dibawah ketua bidang jgn jadi little napolean... cuba nak over rule guru kanan dia mentang mentang dia ada card IKEA. Banyak sangat the good quality of leadership hg blh train di IKEA.

4. MENDIDIK NILAI
Imej via Facebook Naharudeen Othman
IKEA juga adalah tempat untuk aku train values pada cikgu aku dan dia sampaikan...di IKEA lepas makan clear table..di IKEA tak ada orang panjat panjat dan buat showroom mcm rumah mak pak dia..di IKEA staff sgt polite..di IKEA tak dak org tinggai trolley mcm supermarket ... walaupun yg datang semua tak behave kalau kat tempat lain... why? Because IKEA berjaya create satu environment yg org blh tukaq mind set secara tiba tiba..ini yg kita nak belajag dari IKEA...ini yg aku nak cikgu aku observe..why IKEA blh buat kita kat sekolah tak blh buat..

5. MELATIH KEMAHIRAN PENGURUSAN
Imej via Facebook Naharudeen Othman
Last.. cuba tgk macamana IKEA manage store dia..senang nak cari bahan..blh tgk stok dlm internet... kita pun sanggup susah payah tolak trolley.. macamana dia pack..macamana hg dapat the whole idea dari showroom...macam mana dia susun section by section ... this is management...marketing.....kita kena balik adapt apa yg ikea buat adopt kat sekolah.

..so clearkan sbb aku bawak cikgu cikgu think tank aku ke IKEA... bukan nak suka suka shopping bodo mcm tu.. next week kita akan buat sesi reflection..sbb tu aku nak bagi LADAP 10 JAM... sbb IKEA dah jadi training ground untuk semestivengers... aku tak mau bawak cikgu aku buat team building yg macam biasa..ini team building kami..team building yg banyak hg blh belajag dlm environment yg berbeza...yg hg blh rasa seronok tanpa stress

So blh faham kot.. next one aku nak bawak rombongan budak pulak buat training kat IKEA..

Sumber: Pengetua SEMESTI Naharudeen Othman

We Share because We Care

2 comments:

  1. hebat kepimpinan pengetua ni. semoga warga sekolah maju jaya dan cmerlang dalam melahirkan anak didik yang berguna kepada masyarakt.

    admin, boleh kah saya berkongsi bahan tentang pembukaan semula sekolah saya. jika sudi untuk dirujuk atau view oleh warga pendidik yang mengikuti penulisan di laman cikgu share ni.

    video tersebut: https://youtu.be/skI_gXxvtKg atau ada di laman facebook sekolah kami: https://youtu.be/skI_gXxvtKg?fbclid=IwAR1g4U6z24RVp0QIHSjmLKM78Kxzh9IdVMkR_tkijlIoVNj4ZM8oJDCsrjE

    terima kasih

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon