Tuesday, 14 July 2020

Pembukaan semula sekolah tiga daerah di Sarawak ditangguhkan

PENANGGUHAN PEMBUKAAN SEMULA SEKOLAH DI TIGA BUAH DAERAH DI KUCHING, SARAWAK

Berdasarkan nasihat Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, Majlis Keselamatan Negara Negeri Sarawak dan persetujuan bersama antara semua pihak termasuk wakil Kementerian Pendidikan Malaysia (Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak), maka JPBN telah memutuskan bahawa pembukaan semula sesi persekolahan bagi sekolah menengah di 3 buah Daerah di Daerah Kuching, Daerah Padawan dan Daerah Samarahan yang dijadualkan bermula pada 15 Julai 2020 ditangguhkan ke 03 Ogos 2020.

Ini melibatkan Kelas Peralihan, Tingkatan 1, 2, 3 & 4, Tingkatan 6 Rendah dan sekolah rendah melibatkan Tahun 5 & 6 yang dijadualkan bermula pada 15 Julai 2020 dan sekolah rendah bagi Tahun 1, 2, 3 & 4

Sekolah-sekolah yang telah dikenalpasti adalah sebanyak 138 buah sekolah. Ianya melibatkan sebanyak 87 buah sekolah di Daerah Kuching, 48 buah sekolah di Daerah Padawan dan 3 buah sekolah di Daerah Samarahan. Bagi kelas Prasekolah, Tingkatan 5 dan Tingkatan 6 Atas, sesi persekolahan diteruskan seperti biasa.

Keputusan ini di buat berikutan kes penularan COVID-19 di Daerah Kuching yang semakin meningkat. Bagi sekolah-sekolah kawasan hijau yang di luar Daerah Kuching, Padawan dan Samarahan, jadual pembukaan sekolah akan bermula seperti dijadualkan pada 15 Julai 2020.

Infografik Unit Komunikasi Awam Sarawak-UKAS

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon