Friday, 17 July 2020

Sekolah gagal dapat cuti peristiwa diminta buat laporan - NUTP

17 Julai - NUTP hari ini memaklumkan telah memohon cuti peristiwa sempena Hari Raya Aidiladha yang akan disambut pada 31 Julai 2020.

Menurut NUTP, kebanyakan sekolah telah memohon cuti peristiwa tersebut pada hari Khamis 30 Julai 2020 kepada Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing. Pihak NUTP juga memohon agar urusan tersebut dipermudahkan.

NUTP dalam kenyataan tersebut juga berkata, jika terdapat mana-mana sekolah yang gagal mendapatkan cuti peristiwa tersebut diminta memaklumkan kepada pihaknya.

Kementerian Pendidikan Malaysia sebelum ini telah merombak takwim cuti sekolah akibat pandemik Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia pada pertengahan Mac yang lalu.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon