Wednesday, 22 July 2020

Suami Youtuber masakan terkenal belasah isteri akibat tidak sebut nama

IPOH: Berang namanya tidak disebut isteri ketika menerima anugerah penghargaan baru-baru ini, disyaki menjadi punca suami kepada youtuber masakan terkenal tergamak mendera isterinya.

Sumber berkata, kejadian itu dikatakan menjadi antara punca pasangan terbabit bertengkar ketika mereka berada di parkir Hospital Raja Permaisuri Bainun Hospital (HRPB) Ipoh, baru-baru ini.

Pergaduhan itu berlarutan sehingga keesokkan hari (semalam) di mana lelaki itu pergi ke hospital berkenaan untuk mencari adik isterinya.

"Ketika kejadian suspek dipercayai mabuk. Bagaimanapun tidak dapat bertemu dengan adik isterinya. Ia menyebabkan lelaki itu dipercayai memukul isterinya.

"Pada 5.54 petang hari sama, pengawal keselamatan menerima laporan daripada seorang jururawat yang mendakwa terlihat seorang lelaki mabuk dengan memegang sabit hendak memasuki salah satu wad hospital berkenaan," katanya.

Sumber sama berkata, suspek dipercayai mencari abang ipar isterinya susulan masalah keluarga.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz mengesahkan tangkapan lelaki berkenaan yang kini dalam tahanan reman.

"Kita masih menjalankan siasatan lanjut dan kami percaya kes ini berhubung masalah keluarga," katanya.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon