Wednesday, 15 July 2020

Taska ditutup, bapa murid positif COVID-19

KUCHING: Operasi Taska Al-Baghdadi Playtime Centre di Kota Samarahan ditutup sementara ekoran terdapat dua pelajar mempunyai kontak rapat dengan pesakit yang disahkan COVID-19 malam tadi.

Pengerusi Al-Baghdadi, Shahrizan Drahman berkata, sehuhungan itu, ibu bapa memastikan anak-anak yang merupakan pelajar APC melakukan kuarantin sehingga keputusan ujian swab keluarga pesakit lain diperolehi.

"Kami sedang menunggu nasihat daripada pihak berkaitan iaitu Jabatan Pendidikan Negeri untuk tindakan selanjutnya," katanya.

Selain itu tular mesej dalam laman sosial, bapa kepada pelajar Taska tersebut telah didapati positif Covid hasil dari swab test pagi ini.

"Dua orang sepupu mereka merupakan pelajar APC & telah diambil oleh pesakit tersebut dalam dua hari ini.

"Oleh yang demikian, Taska & APC ditutup serta merta sehingga keputusan swab test pelajar Taska/APC diketahui," katanya.

Sunber: Gagodaily

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon