Monday, 27 July 2020

(Video) Guru wanita maut rempuh lori tunda

26 Julai - Seorang guru kanan berusia 57 tahun maut manakala anaknya 16 tahun parah selepas kenderaan jenis Honda BRV yang dinaiki mereka merempuh sebuah lori tunda di kilometer 428 Lebuh Raya Pantai Timur 2. Bagaimanapun pemandu yang juga anak mangsa berusia 27 tahun hanya cedera ringan.

Dalam kejadian pada sekitar jam 7.45 pagi itu, Dr Baniah Mustam yang bertugas sebagai Guru Kanan di SMK Bandar Behrang 2020, Tanjung Malim meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Ketika kejadian, mereka bertiga dikatakan dalam perjalanan menuju ke arah Besut dari Tanjung Malim, Perak. Namun setibanya dilokasi kejadian, kereta yang dipandu anaknya itu cuba memotong trak berkenaan namun gagal sebelum merempuh belakang lori berkenaan dan menyebabkan kereta tersebut berpusing sebelum terbalik.

Kemalangan itu juga menyebabkan seorang lagi anak lelaki mangsa parah dianggota badan manakala pemandu dan kelindan lori tunda itu tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Mayat mangsa dibawa ke unit forensik HSNZ manakala dua yang cedera dirawat dihospital yang sama.

Kes disiasat di bawah seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon