Saturday, 18 July 2020

(Video) Sekolah berusia 100 tahun dijilat api

BLOK utama Sekolah Kebangsaan (SK) Orang Kaya Mohammad di Bintulu musnah dalam kebakaran hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 2 petang itu, asap tebal dilihat dari bahagian tingkat dua bangunan yang ditinggalkan kosong sejak lebih tiga tahun itu atas faktor keselamatan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Bintulu berkata, anggota dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan.

Katanya, ketika ini kerja memadamkan api segera dilakukan bagi mengelak kebakaran merebak ke blok bangunan berdekatan.

"Setakat ini tiada sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa dilaporkan kerana sekolah terbabit sudah lama ditinggalkan kosong," katanya.

Katanya, setakat ini belum dapat dipastikan punca kebakaran serta anggaran kerugian yang dialami.

Difahamkan sekolah terbabit dibina pada 1912.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon