Tuesday, 11 August 2020

6 murid cedera dihempap siling sekolah

MELAKA: Sekurang-kurangnya enam orang murid Sekolah Jenis Kebangsaan (SJK) Cina Malim, di sini, cedera selepas dihempap siling dalam kejadian ribut, pagi tadi.

Siling itu runtuh ketika sesi pembelajaran bermula sekitar jam 10 pagi, apabila sebahagian bumbung bangunan di sekolah diterbangkan angin.

Jabatan Bomba Dan Penyelamat negeri dalam satu kenyataan, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada pihak sekolah pada jam 10.17 pagi.

"Maklumat awal diterima terdapat 22 murid trauma dan kini dirawat, manakala enam murid didapati cedera ringan serta luka di kepala dipercayai dihempap siling," katanya.

Murid yang cedera kemudian dihantar ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon