Sunday, 2 August 2020

COVID-19: Jabatan Pendidikan Negeri Kedah tutup lima sekolah terlibat

PEJABAT Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah telah mengarahkan lima buah sekolah di dua daerah di negeri itu ditutup selama 28 hari mulai hari ini. Ianya melibatkan 14 hari tempoh kuarantin dan 14 hari tempoh pemerhatian.

Sekolah yang terlibat di daerah Kubang Pasu adalah Sekolah Menegah Kebangsaan (SMK) Hosba, Sekolah Kebangsaan (SK) Hosba, SMK Megat Dewa serta SK Megat Dewa.

Selain itu, satu sekolah iaitu Sekolah Kebangsaan Kubang Palas di daerah Padang Terap turut diarahkan untuk ditutup.

Sebelum itu Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dua pelajar sekolah rendah berusia tujuh dan 10 tahun di negeri itu disahkan positif COVID-19. Mereka mendapat jangkitan daripada pesakit ke-8,975 dan pesakit ke-8,976 daripada Kluster Sivagangga di negeri itu.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon