Monday, 3 August 2020

Di mana wajib pakai pelitup muka?

Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:

Sejak pemakaian pelitup muka diwajibkan di tempat awam bermula 1 Ogos lalu, dengan penguatkuasaan yang membolehkan seseorang itu didenda RM1,000 jika tidak mematuhinya, timbul juga tanda tanya khusus tentang lokasi dan situasi tertentu.



Dalam sidang media berhubung pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) oleh Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, hari ini (Isnin (3 Ogos), sedikit sebanyak persoalan berkenaan diperincikan.



Ismail Sabri memberitahu, bermula 1 Ogos 2020, pemakaian pelitup muka adalah diwajibkan apabila seseorang itu berada dalam pengangkutan awam seperti bas, teksi, kenderaan e-hailing atau LRT dan KTM serta tempat-tempat awam yang sesak.

"Antara tempat-tempat awam yang sesak adalah pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya. Tempat tumpuan pelancong serta panggung wayang juga telah ditetapkan sebagai tempat awam yang sesak," jelas beliau.
Pemakaian pelitup muka juga tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal; dan bagi kanak-kanak yang berumur 2 tahun ke bawah.

Ingat pada situasi berikut:

  • Wajib pakai di tempat awam yang sesak, jika kawasan tersebut tidak sesak, maka tidak diwajibkan (contohnya, jika di lokasi terbuka yang tiada kehadiran orang lain)
     
  • Wajib pakai jika menaiki pengangkutan awam termasuk perkhidmatan e-hailing.
     
  • Wajib pakai jika memasuki pasar awam, pasar tani, pasar malam dan juga pasar raya.
     
  • Wajib pakai jika berada dalam ruang tertutup yang bercampur orang ramai, seperti panggung wayang, lif, dan ruang seumpamanya.
     
  • Tidak diwajibkan memakai pelitup muka di dalam kenderaan persendirian, yang dinaiki ahli keluarga, atau teman kerja yang dikenali.
     
  • Tiada tindakan saman akan dikenakan kepada pengguna yang tidak memakai pelitup muka ketika berada di dalam kenderaan persendirian.
     
  • Kanak-kanak berusia 2 tahun ke bawah tidak digalakkan memakai pelitup muka, namun pada masa yang sama tidak dibenarkan dibawa ke tempat awam yang sesak.
     
  • Tidak diwajibkan semasa melakukan aktiviti fizikal.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon