Sunday, 16 August 2020

Elak Terlupa Anak Ada Dalam Kereta, Guna “Child Reminder” Dari Aplikasi Waze Yang Ramai Tak Tahu

Kes kematian bayi atau kanak-kanak di dalam kenderaan akibat ditinggalkan ibu bapa yang terlupa, bukanlah perkara asing lagi di negara ini.


Kecuaian yang berlaku ini boleh dielakkan dengan mengambil beberapa langkah waspada agar ianya tidak berulang seperti tidak meletakkan anak di kerusi belakang atau menggunakan kaedah mengingat anak paling mudah dalam kenderaan iaitu ‘child reminder’.


Bagi anda yang belum tahu, ‘child reminder’ ini menggunakan aplikasi penunjuk arah atau Waze di mana pengguna hanya perlu mengaktifkan bahagian ‘Reminders’.


Kemudiannya, tekan butang ‘Child reminder’ dan anda boleh menetapkan ‘Custom message’ dengan menulis nama anak dan sebagainya.


Paling menarik, peringatan tersebut bukan sahaja akan keluar di skrin telefon malah juga melalui audio yang akan mengingatkan ibu bapa mengenai anak-anak setibanya mereka di destinasi. Memang sangat berguna!


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon