Thursday, 20 August 2020

Guru kaunseling bongkar sumbang mahram 2 beradik

Imej hiasan


KUALA LUMPUR: Seorang remaja lelaki berusia 16 tahun ditahan di Jalan Universiti, Petaling Jaya, tengah malam tadi selepas disyaki merogol adik kandungnya yang setahun lebih muda.


Remaja terbabit ditahan oleh sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya, susulan laporan pemeriksaan yang mendapati ada kesan koyakan lama pada kemaluan mangsa.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal, berkata kejadian itu terbongkar selepas mangsa memaklumkan kejadian sumbang mahram itu yang berlaku di kediaman mereka di Petaling Jaya, pada 26 Julai lalu kepada guru kaunseling di sekolahnya.


"Susulan itu guru sekolah kemudian memaklumkan kejadian kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), yang kemudian menyelamatkan mangsa pada jam 7.30 malam semalam dari kediamannya.


"Selain mangsa pihak JKM turut menyelamatkan seorang lagi adik perempuan mangsa dan ditempatkan di bawah jagaan badan kebajikan itu hingga siasatan polis selesai dijalankan," katanya dalam kenyataan.


Nik Ezanee berkata, suspek kini ditahan reman selama tujuh hari dan disiasat mengikut Seksyen 376 (B) Kanun Keseksaan kerana melakukan sumbang mahram dan sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang 10 tahun dan tidak lebih 30 tahun serta sebatan.


Mangsa adalah anak kedua dari lima beradik.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon