Wednesday, 5 August 2020

Guru pengantin baharu antara yang maut

TAWAU: Dua guru termasuk seorang pengantin baharu maut selepas kenderaan yang mereka naiki terbabas sebelum terjunam ke dalam sungai di Jalan Merotai-Kalabakan, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pukul 6 pagi itu, Dayana Damsah, 27, yang baru 10 hari mendirikan rumah tangga, maut di lokasi kejadian, manakala rakannya Nurizyani Kafli, 24, meninggal dunia ketika menerima rawatan di Unit Kecemasan Hospital Tawau, tidak lama kemudian.
Dua lagi rakan sekerja mangsa, Hasnaini Paiori dan Nur Zairah Aladin dilaporkan mengalami kecederaan parah dan dirawat di hospital.

Difahamkan sebelum kejadian, semua mangsa dalam perjalanan dari Taman Semarak ke Sekolah Kebangsaan Umas-Umas untuk bertugas.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon