Tuesday, 25 August 2020

Lima murid sekolah rendah positif COVID-19

PUTRAJAYA - Lima murid sekolah rendah di Kedah disahkan positif wabak koronavirus (Covid-19) berkaitan Kluster Tawar.


Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes tersebut dikesan melalui pengesanan kes secara aktif dan saringan kontak rapat kes positif kluster tersebut.


"Hasil siasatan mendapati mereka merupakan kontak rapat kepada kes ke-9197 membabitkan seorang murid pra sekolah iaitu kesnya telah dilaporkan pada 16 Ogos lepas," katanya pada sidang akhbar perkembangan terkini Covid-19 di kementeriannya di sini hari ini.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon