Tuesday, 11 August 2020

Lulusan UEC diterima masuk IPG untuk subjek bahasa Cina SJKC

KUALA LUMPUR: Kemasukan graduan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) untuk mengikuti Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) di Institut Pendidikan Guru (IPG), adalah bagi memenuhi keperluan dalam bidang pengkhususan bahasa Cina di Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Menteri Kanan (Pendidikan), Dr Radzi Jidin, menjelaskan program terbabit sebenarnya sudah bermula sejak tahun 2011, malah diteruskan ketika era pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH).

"Program yang disebut Yang Berhormat Simpang Renggam (Dr Maszlee Malik) itu sudah bermula sejak tahun 2011 dan pada waktu Yang Berhormat menjadi menteri (Pendidikan) juga, program terbabit terus dilaksanakan.

"Jadi, sebenarnya perkara ini memang dalam pengetahuan Yang Berhormat. Hakikatnya dasar itu berlaku, pengambilan pelajar kelulusan UEC untuk tujuan kemasukan ke IPG bagi mata pelajaran Bahasa Cina untuk SJKC," katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Maszlee (Bebas-Simpang Renggam) sama ada kerajaan mengiktiraf secara sebahagian lulusan UEC berikutan terdapat pengambilan graduan sijil berkenaan untuk memasuki IPG.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon