Saturday, 1 August 2020

Murid Tahap Satu wajar belajar secara dalam talian - NUTP

Imej via Utusan Borneo
Kuala Lumpur: Kaedah pembelajaran secara dalan talian di rumah adalah lebih sesuai bagi murid Tahap 1 merangkumi Tahun Satu, Dua dan Tiga bagi  memudahkan pematuhan prosedur operasi (SOP) untuk mencegah penularan COIVD-19.

Sehuhungan itu, Presiden Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan (NUTP) l, Aminudin Awang, berkata kerajaan wajar menimbangkan semula murid Tahun Satu, Dua dan Tiga kembali mengikut pembelajaran secara online di rumah kerana lebih mudah memastikan pematuhan aspek penjarakan fizikal.

Aminuddin berkata, guru dan pihak sekolah sebenarnya berdepan masalaha untuk memastikan peraturan itu dipatuhi sepenuhnya selepas tamat waktu persekolahan.

“Dalam sekolah tak ada masalah, pelajar ikut semua SOP ditetapkan. Masalah mulai timbul apabila sesi persekolahan tamat dan guru tidak lagi dapat mengawal pelajar,” katanya ketika dihubungi semalam.

“Kami sebenarnya lebih bersetuju jika kehadiran pelajar hanya membabitkan murid Tahap 2 iaitu Tahun Empat, Lima dan Enam kerana mereka mampu mematuhi arahan dengan lebih baik atau efektif, ” katanya.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon