Friday, 28 August 2020

Panduan Pinjaman Kenderaan Kerajaan untuk Penjawat Awam (Persekutuan)

Kebanyakan orang mahukan kenderaan sendiri sebaik sahaja mula bekerja. Lazimnya, mereka membeli kereta melalui pinjaman yang dikenali sebagai pinjaman sewa beli. Di bawah pinjaman sewa beli, anda adalah penyewa kenderaan dan penyedia kredit pula adalah pemilik kenderaan itu. Sebagai penyewa, anda perlu membuat bayaran ansuran berdasarkan terma dan syarat yang telah dipersetujui di bawah perjanjian pinjaman sewa beli. Anda menjadi pemilik kenderaan tersebut hanya setelah semua bayaran ansuran dijelaskan.


Pemohon Pinjaman Kenderaan Kerajaan Khas untuk Penjawat Awam (Persekutuan)

  • Pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang berjawatan tetap 
  • Pegawai-pegawai yang berkhidmat secara kontrak 
  • Jika pegawai masih dalam tempoh percubaan atau berkhidmat secara kontrak, hendaklah dijamin oleh 2 orang pegawai dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Sokongan yang telah disahkan dalam jawatannya.

Antara syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah;

  • membeli kenderaan yang dibenarkan mengikut kelayakan dan kemampuan seseorang pegawai
  • memerlukan kenderaan untuk menjalankan tugas rasmi dengan sempurna
  • jumlah ansuran potongan bulanan tidak melebihi 1/3 dari gaji pokok
  • jumlah potongan termasuk potongan bagi pembiayaan kenderaan tidak melebihi 60% dari jumlah gaji pokok dan elaun bulanan
  • pegawai mesti mempunyai gaji pokok sekurang-kurangnya RM1,620 bagi pembelian kereta mempunyai lesen memandu yang sah

Had kelayakan maksimum bagi pinjaman kenderaan adalah mengikut kategori berikut;

  • Pembelian Kereta adalah mengikut jawatan
  • Pembelian motosikal RM 10,000
  • Pembelian Motobot RM 4,000
  • Pembelian enjin motobot RM 3,500
  • Pembelian bot RM 700
  • Pembelian basikal RM 500

Syarat asas bagi melayakkan pegawai membuat pinjaman kenderaan adalah;


Jumlah pinjaman tidak boleh melebihi harga bersih kenderaan dan tidak boleh dimasukkan bayaran cukai jalan raya, bayaran insurans dan lain-lain bayaran tambahan atau aksessori opsyenal yang berkenaan kepada kenderaan tersebut.


Harga bersih kenderaan ialah harga jualan kenderaan + cukai eksais + cukai jualan + hawa dingin + getah pelapik lantai dan penahan lumpur.


Kecuali pinjaman untuk membeli bot dan basikal jumlah pinjaman wang yang diluluskan hendaklah dijadikan kepada angka ratusan ringgit yang kurang. Misalnya, bagi membeli kereta yang berharga bersih RM59,993 dan pegawai berkenaan mempunyai kelayakan maksima meminjam:-

  • Jika RM65,000 - pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM59,900.
  • Jika RM55,000 - pinjaman yang boleh diluluskan ialah RM55,000.

Pinjaman kenderaan kali kedua dan seterusnya kepada pegawai adalah dibenarkan setelah genap tempoh lima (5) tahun dari tarikh kelulusan dengan syarat pinjaman yang ada telah diselesaikan sepenuhnya.


Untuk maklumat lanjut serta Borang Permohonan, pemohon boleh merujuk kepada portal Pekeliling Perbendaharaan di Portal Pekeliling Perbendaharaan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah tajuk Pengurusan Wang Awam (WP), No. 9 Kemudahan Pinjaman/Pembiayaan kepada Anggota Perkhidmatan Awam:


WP 9.2 SKIM PINJAMAN KENDERAAN BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PASUKAN POLIS; atau


WP 9.3 SKIM PEMBIAYAAN KENDERAAN MENGIKUT PRINSIP AL BAI’ BITHAMAN ‘AJIL BAGI PEGAWAI PERKHIDMATAN AWAM AM PERSEKUTUAN, PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN DAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PASUKAN POLIS


MUAT TURUN

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon