Monday, 3 August 2020

Penjawat awam: Nak pilih skim KWSP atau Pencen?

Sekiranya Anda Baru Dilantik Sebagai Penjawat Awam, Kalau Nak Pilih 'Skim KWSP', Boleh Baca

Ini Dulu Sebagai Panduan.

Penjawat Awam yang pilih Skim KWSP dan 'Bersara Wajib' apabila mencapai umur persaraan, akan terima faedah persaraan berikut:

- Award Wang Tunai Gantian Cuti Rehat
- Kad Pesara Kerajaan (KWSP)
- Kemudahan Perubatan (meliputi pesara Skim KWSP juga isteri/suami, anak-anak yang masih layak dan ibu bapa*)
- Caruman KWSP Akaun Pekerja
- Caruman KWSP Akaun Majikan: dan
- Bantuan Mengurus Jenazah (jika mati dalam perkhidmatan atau mati dalam persaraan).

Tiada istilah 'bersara pilihan' bagi Penjawat Awam yang memilih Skim KWSP.

Ia dikira sebagai meletak jawatan.

Jadi, kalau letak jawatan sebelum mencapai tarikh persaraan wajib apa akan dapat?

Penjawat Awam yang pilih Skim KWSP hanya layak menerima caruman KWSP (akaun majikan dan akaun pekerja) sahaja. Itu sahaja.

Tiada sebarang GCR, ganjaran ataupun kad pesara diberikan.

Catatan : Berdasarkan peraturan yang sedang berkuatkuasa.

Fikir dahulu sebelum pilih ya!

SUMBER: Bahagian Pasca Perkhidmatan (PENCEN)

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon