Sunday, 23 August 2020

Pentaksiran baharu ke SBP, tiga bahagian akan diuji - KPM


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan memperkenalkan kaedah pentaksiran baharu bagi tujuan kemasukan murid ke Sekolah Khusus, iaitu Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA), Sekolah Menengah Teknik (SMT), Kolej Vokasional (KV) dan Maktab Tentera Diraja (MTD) untuk tahun 2021.


KPM telah membangunkan satu sistem permohonan kemasukan murid Tingkatan Satu dan Tingkatan Empat ke Sekolah Khusus secara single entry point. Sistem ini melibatkan permohonan secara berpusat dan juga kaedah pentaksiran standard secara berpusat.


Permohonan untuk kemasukan:

Tarikh bagi permohonan:

  • Permohonan dalam talian: 
    • 7 September - 2 Oktober 2020
  • Semakan Pusat Pentaksiran: 
    • 7 - 23 Oktober 2020 (Tingkatan 1)
    • 12 Oktober - 6 November (Tingkatan 4)
  • Pelaksanaan Pentaksiran:
    • 12 - 23 Oktober 2020 (Tingkatan 1)
    • 26 Oktober - 6 November 2020 (Tingkatan 4)

Kaedah Pentaksiran merangkumi tiga bahagian:

  • Kecerdasan Insaniah (20%)
  • Kecerdasan Intelektual (70%)
  • Artikulasi Penulisan (10%)

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon