Sunday, 9 August 2020

Scam Topeng Muka, guru kerugiaan RM93,000

SIBU: Seorang guru kerugian RM93,070 dalam penipuan topeng muka, kata OCPD Asst Comm Stanley Jonathan Ringgit.

Menurut beliau, pada 28 Julai yang lalu, mangsa telah melihat sebuah post berkenaan iklan topeng muka di media sosial.

"Dia ingin membeli 200 kotak, di mana setiap kotak mempunyai 50 topeng. Jumlah keseluruhan topeng muka itu adalah RM50,000," katanya.

ACP Stanley berkata guru berkenaan kemudiaanya melakukakn 13 pindahan berjumlah RM50,000 dari 29 Julai hingga 1 Ogos ke beberapa nombor akaun yang diberikan oleh suspek, sambil menambah bahawa dia kemudian diminta pada 3 Ogos untuk membayar RM16,360 untuk cukai dan RM8,560 untuk caj penghantaran.

Akhbar The Star juga melaporkan setelah guru berkenaan membuat pembayaran suspek kemudian memintanya membayar RM17,800 untuk cukai dan RM2,500 untuk deposit pada hari Selasa (4 Ogos).

Menurut ACP Stanley lagi, guru berkenaan telah membuat pembayaran dan kemudian diberitahu bahawa barang-barang itu akan tiba di rumahnya pada hari Khamis (6 Ogos).

Mangsa kemudian menyedari dia telah ditipu setelah tidak menerima topeng muka pada hari yang dijanjikan walaupun telah cuba menghubungi suspek beberapa kali namun gagal.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon