Saturday, 29 August 2020

SJKC Subang sahkan murid tahun 2 positif COVID-19

SJK (C) Subang mengesahkan bahawa salah seorang muridnya dikesan positif Covid-19.


China Press memetik pengerusi sekolah itu sebagai mengesahkan bahawa ia melibatkan murid tahun dua.


Murid itu dilaporkan mengunjungi Sarawak pada 4 Ogos sebelum kembali ke Kuala Lumpur semula pada 17 Ogos bulan ini.


Beliau kemudiannya menghadiri sekolah pada 18, 19 Ogos dan 25 dan 26 Ogos. Beliau kemudian tidak hadir pada 27 dan 28 Ogos.


Dia kini dirawat di Hospital Sungai Buloh.


Sekolah itu dilaporkan sedang menunggu arahan dari Jabatan Pendidikan mengenai sama ada sekolah itu mesti dibuka atau ditutup.


Sekolah juga telah memberi cuti khas pada hari Selasa, dan hanya akan dibuka pada hari Rabu.


Sementara itu, sekolah akan dibasmi kuman, dan daftar kontak rapat telah diberikan kepada Kementerian Kesihatan.


Satu pesanan suara yang dihantar kepada ibu bapa dilaporkan menggesa ibu bapa untuk menjaga anak-anak mereka di rumah pada hujung minggu dan cuti sempena cuti Merdeka.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon