Tuesday, 1 September 2020

10 perkara guru mengandung sahaja yang akan faham

Sebagai seorang guru dan juga seorang wanita yang bersuami, pengalaman mengandung ketika dalam perkhidmatan akan menjadi satu kenangan yang tidak akan dilupakan.


Berikut kami senaraikan 10 perkara yang hanya akan difahami oleh seorang guru yang hamil ketika berada di sekolah.


1. Pilihan nama anak

Anda mempunyai ratusan pilihan nama yang boleh dipilih daripada senarai kehadiran yang ada. Dari situ juga boleh ditapis nama-nama yang mungkin memberi impak pada masa depan anak anda, upsss..gurau je ye...


2. Situasi ke bilik air

Dulu sebelum mengandung boleh la disusun-susun waktu nak ke bilik airnya, sekarang ni semua kelam kabut. Habis dicari kawan-kawan yang ada untuk tengokkan kelas sementara nak setelkan masalah pundi kencing.


3. Bahaya kantin

Awal trimester paling mencabar. Tak bleh nak bau itu, tak bleh nak bau ini. Lalu pulak di kantin yang tengah dok masak, ergghh...


4. Lesson Planning

Sebagai seorang guru, tugasan hakiki terpaksa juga dilaksanakan. Bukan senang nak lepaskan kelas kepada guru ganti. So persediaan perlu dilakukan.


5. Water-breaking nightmares

Phew...setelah due date semakin hampir, trauma untuk air ketuban ni pecah memang ada. Tetapi, mengikut kajian, ianya jarang berlaku sekarang, namun ianya tetap ada.


6. Makan! Makan! Makan!

Hehehe, sesiapa yang biasa mengandung pasti berpengalaman sentiasa lapar untuk makan. Ada yang siap prepare makanan dalam beg tangan...


7. Malas nak berfesyen, keselesaan lebih penting

Semakin lama kandungan semakin besar. Sakit sendi, sakit lutut, bengkak kaki, hurmm..bye bye kasut tumit tinggi...


8. Reaksi murid

Ini paling comel, tambah pula yang tahap 1. Cubalah suruh mereka senaraikan nasihat-nasihat untuk ibu mengandung. Pasti anda akan tersenyum


9. Belajar untuk duduk

Bukan tak pandai duduk, tapi sebagai seorang guru, kita dah terbiasa dengan berdiri dan berjalan sekeliling kelas. Malangnya ketika mengandung, kemampuan itu agak terbatas, walaupun terasa pelik mengajar, namun ianya bukan lagi satu pilihan...


10. Letih nak membawang

Bila semakin lama semakin hampir tarikh untuk bersalin, rasa nak menyembang tu makin kurang. Nak bagi kerja pada murid pun bagi yang mudah untuk ditanda. Letih dan fokus hanya tertumpu kepada kelahiran si cahaya mata yang bakal melihat dunia...

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon