Monday, 28 September 2020

COVID-19: Di mana guru selepas waktu sekolah?




Satu surat telah ditulis oleh seorang individu bernama Izyan Qistina Qusairi kepada pengarang sebuah akhbar berkenaan peranan guru selepas murid pulang dari sekolah dalam menangani wabak COVID-19.


Beliau menzahirkan kerisauan wabak penyakit berjangkit ini di kalangan kanak-kanak terutamanya melibatkan pelajar sekolah. Menurut beliau lagi, kanak-kanak ini bergaul hingga lupa pesanan untuk menjaga penjarakan sosial mereka.


Izyan Qistina memberi contoh bagaimana suasana selepas tamat sesi persekolah di mana kanak-kanak ini langsung tidak akur kepada arahan yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan.


Beliau akhirnya mempersoalkan ketiadaan guru yang mengawal atau memantau pelajar sekolah yang bebas bergaul dan bermain. Tidak menyalahkan guru yang telah terbeban dengan pelbagai tugasan, beliau amat berharap agar lebih pemantauan dilakukan oleh pihak sekolah agar wabak ini dapat dicegah dengan lebih baik, 




We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon