Wednesday, 23 September 2020

Garis Panduan Susunan Logo KPM Ikut Protokol, Kepentingan Program, Susunan Kekanan

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Unit Komunikasi Korporat (UKK) sering menerima permohonan penggunaan logo rasmi KPM di bahan-bahan promosi bagi program dan aktiviti anjuran daripada Bahagian/Jabatan/Agensi di bawah KPM, individu, syarikat korporat, Badan Bukan Kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.


Sehubungan dengan itu, Garis Panduan Penggunaan Logo Rasmi KPM ini dikeluarkan untuk rujukan dan panduan kepada Bahagian/Jabatan/Agensi, syarikat korporat NGO dan agensi kerajaan yang ingin bekerjasama dengan KPM dalam melaksanakan semua program. 


Garis panduan ini bertujuan untuk menjelaskan mengenai prosedur dan tatacara penggunaan logo rasmi KPM serta peraturan-peraturan penggunaan logo yang ditetapkan kepada individu, NGO, syarikat dan agensi kerajaan untuk kelulusan penggunaan logo rasmi KPM. 


Ini akan mewujudkan mekanisme yang sistematik bagi memproses dan memberikan kelulusan permohonan penggunaan logo rasmi KPM.


Muat Turun: GARIS PANDUAN PENGGUNAAN LOGO RASMI KPM











We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon