Thursday, 10 September 2020

KFC jadi punca murid asrama dipukul



Berikutan penularan sebuah video yang menyaksikan dua orang murid membelasah seorang rakan mereka dalam asrama SMK Kemahang 1, Tanah Merah, Kelantan, satu laporan polis telah pun dibuat.


Menurut laporan polis tersebut, pergaduhan tersebut berlaku akibat mangsa bergurau untuk belanja suspek Kentucky Fried Chicken (KFC).


Pihak polis telah pun mengenalpasti individu-individu yang terlibat di dalam video tersebut dan tangkapan telah pun dibuat.


Ke semua suspek telah dibawa ke balai polis untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah seksyen 506/323 Kanun Keseksaan.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon