Friday, 18 September 2020

Muat Turun SPI Bil. 3/1999: Penyediaan Rekod Pengajaran & Pembelajaran

Semenjak Surat Pekeliling Kementerian Pendidikan 256 dikuatkuasakan, terdapat amalan di mana maklumat-maklumat yang tidak berkaitan dengan pengajaran dan pembelajaran telah dimasukkan ke dalam Buku Rekod Mengajar Guru sehingga mengubah sifat dan tujuan sebenar Buku Rekod Mengajar Guru itu diadakan.


Dengan Surat Pekeliling lkhtisas ini, berkuatkuasakan pada tarikh ia dikeluarkan, Rekod Pengajaran dan Pembelajaran hendaklah mengandungi hanya dua unsur sahaja, iaitu


(i) Rancangan Pengajaran Tahunan, dan 

(ii) Rancangan Pengajaran Harian.


Pengetua/Guru Besar atau wakilnya hendaklah memastikan kedua-dua unsur tersebut dibuat mengikut prinsip-prinsip perancangan yang mutakhir.


(i) RANCANGAN PENGAJARAN TAHUNAN


Rancangan Pengajaran Tahunan mengandungi secara ringkas isi pengajaran dan pembelajaran berdasarkan sukatan pelajaran kebangsaan yang dikeluarkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia.


(ii) RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN


Rancangan Pengajaran Harian merupakan terjemahan Rancangan Pengajaran Tahunan yang mengandungi sekurang-kurangnya maklumat seperti objektif, cara bagaimana hendak mencapai objektif dan kenyataan sejauh manao bjektif itu tercapai.


Bentuk / Kaedah Penyediaan


Rekod Pengajaran dan Pembelajaran bolehlah disediakan dalam apa jua bentuk yang munasabah dan sesuai dengan teknologi semasa.


la haruslah diurus dengan sempurna dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.


Bahan-bahan lain yang berkaitan dengan penyediaan Rancangan Pengajaran Tahunan dan Rancangan Pengajaran Harian juga perlu diurus dengan baik dan dapat dikemukakan dengan serta merta apabila dikehendaki oleh pihak yang diberi kuasa.


Muat Turun:
SURAT PEKELILING IKHTISAS BIL. 3/1999:
Penyediaan Rekod Pengajaran dan Pembelajaran


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon