Wednesday, 2 September 2020

Murid perempuan tingkatan 4 maut motorsikal bertembung lori balak

LIPIS: Seorang pelajar tingkatan empat yang baru pulang dari sekolah maut apabila motosikal yang dibonceng bersama rakannya bertembung lori balak di Kilometer 14, Jalan Benta - Jerantut dekat Kampung Tanjung Besar, Benta, hari ini.


Dalam kejadian jam 2 petang itu, mangsa Nurin Nadhirah Ikhwan Nassir, 16, dari Kampung Jerangsang, Benta, maut di tempat kejadian manakala rakannya yang menunggang motosikal, Ainnur Shamimie Karim, 15, parah.


Kedua-duanya adalah pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Panglima Garang Abdul Samad, Kuala Lipis.


Ketua Polis Daerah Lipis, Superintenden Azli Mohd Noor, berkata siasatan mendapati kejadian berlaku ketika pemandu lori muatan balak dalam perjalanan dari Jerantut menuju ke Benta, manakala penunggang dan pembonceng motosikal dari arah Benta ke Jerantut.


"Penunggang motosikal dikatakan ingin memotong motosikal lain di jalan berselekoh dan memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan lori balak.


"Akibat kemalangan itu, Nurin Nadhirah maut di tempat kejadian kerana cedera di kepala dan Ainnur Shamimie parah, bawa ke Hospital Lipis manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.


Katanya kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon