Thursday, 3 September 2020

Pegawai kerajaan tidak fasih baca al-Quran akan dipecat

GOWA - Pegawai tinggi di kawasan pentadbiran Gowa, Sulawesi berdepan tindakan dipecat sekiranya tidak fasih membaca al-Quran.


Menurut laporan Kompas, seramai 14 daripada 76 pegawai kerajaan di pejabat daerah Gowa gagal dan tidak fasih membaca al-Quran.


Menurut Pegawai Daerah Gowa, Adnan Purichta Ichsan Yasin Limpo, kesemua 76 pegawai itu terpilih untuk menjalani ujian membaca al-Quran sebagai syarat bagi mengisi kekosongan jawatan dalam beberapa jabatan.


“Pada Ahad lalu, kesemua pegawai berkenaan sudah menjalani ujian mengaji dan terdapat 14 orang yang tidak fasih.


"Kesemua 14 pegawai itu diberi masa enam bulan untuk menguasai kemahiran membaca al-Quran.


“Sekiranya, dalam masa enam bulan mereka masih belum fasih (membaca al-Quran), maka mereka akan dipecat,” ujarnya.


Difahamkan, polisi kemahiran membaca al-Quran bagi pegawai-pegawai kerajaan merupakan fasa pertama pelaksanaan dan Gowa merupakan daerah pertama di Sulawesi Selatan yang memperkenalkannya.


Ujian ini diadakan sebagai sebahagian daripada mengenal pasti kelayakan pegawai-pegawai berkenaan untuk dinaikkan pangkat bagi mengisi kekosongan di beberapa jabatan dan mendapat keizinan daripada Kementerian Dalam Negeri.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon