Tuesday, 22 September 2020

Pengisian Deskripsi Tugas (JD) Guru Tidak Relevan - NUTP


22 September - Kesatuan Perkhidmatan Perguruan Kebangsaan Semenanjung Malaysia (NUTP) melalui satu kenyataan akhbar memohon pertimbangan Menteri Kanan Pendidikan, Dr Radzi Jidin supaya melihat semula arahan kepada guru untuk mengisi deskripsi tugas (JD) mereka ke dalam Sistem Pengurusan Maklumat Sumber Manusia (HRMIS).


Menurut NUTP, kerja-kerja pengisian seperti ini adalah satu beban dan tidak relevan kerana tujuan dan matlamat yang tidak jelas.


NUTP juga telah menerima aduan daripada ahli-ahlinya yang menghadapi beberapa masalah ketika membuat pengisian JD tersebut.


Antara masalah-masalah yang dihadapi termasuklah tempoh masa untuk mengisi JD tersebut terhad. Ada guru diberi masa sebulan dan ada juga yang hanya diberi masa sepuluh hari sahaja.


Menurut NUTP lagi, maklumat JD yang perlu diisi juga sangat terperinci dan guru perlu mengisi sembilan bahagian bagi setiap gred. NUTP turut mendakwa data yang telah diisi turut hilang apabila dibuka semua dan pelbagai lagi masalah teknikal yang lain.


Kenyataan akhbar tersebut telah dimuat naik ke laman rasmi Facebook NUTP pada hari ini.

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon