Tuesday, 15 September 2020

Semua sekolah di Kedah bakal ditutup setelah dapat persetujuan MKN, KKM - Dr Mah



Keputusan mengenai penutupan sekolah di Kedah hanya akan dilaksanakan selepas mendapat persetujuan dan nasihat daripada MKN dan KKM.


Perkara ini dimaklumkan sendiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan 1, Datuk Dr Mah Hang Soon selepas mengulas gesaan orang ramai berkenaan penutupan sekolah di Kedah susulan meningkatnya kes Covid-19.


Elak kekeliruan maklumat


Menurutnya, pengesahan berkenaan adalah penting bagi mengelak kekeliruan maklumat berhubung kes Covid-19 terutamanya di sekolah.


“Dari segi keselamatan dan kesihatan itu sentiasa menjadi tumpuan untuk Kementerian Pendidikan, namun untuk kes itu (Covid-19 dan penutupan sekolah) keputusan akan dibuat MKN dan KKM”


KKM juga sangat prihatin dengan perkara ini dan akan memaklumkan apa-apa berita dan info terkini berkenaan penutupan sekolah diKedah.


Patuh SOP 


Pihak Kementerian juga akan mematuhi segala SOP yang telah ditetapkan oleh MKN dan KKM.


Sehingga semalam, sebanyak 56 kes positif Covid-19 dan satu kes baharu telah dikesan. Manakala, 5,781 individu masih menunggu keputusan membabitkan kluster Sungai.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon