Wednesday, 2 September 2020

Senarai Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) KPM

PENGENALAN


Sejarah penubuhan Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA) bermula dengan pengambilalihan 11 buah Sekolah Agama Negeri dan Rakyat oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1977. Dari 11 buah sekolah SMKA telah berkembang kepada 55 buah SMKA.


Idea awal penubuhan SMKA diilhamkan oleh Pengarah Bahagian Agama Kementerian Pelajaran ketika itu, Allahyarham Tuan Haji Nik Mohammed Mohyideen bin Haji Wan Musa. Hal ini memang menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia dan hasrat masyarakat Islam yang sedar akan faedahnya. Sebelum ini berapa langkah telah diambil dengan memberi bantuan kepada sekolah-sekolah agama rakyat dan mencadangkan sekolah-sekolah itu mempraktikkan sistem baru.


Penubuhan SMKA seiring dengan usaha pemodenan sistem pendidikan Negara. Proses penambahbaikan sistem pendidikan Islam di sekolah-sekolah agama sesuai dengan perkembangan semasa. Justeru, ilham Allahyarham Haji Nik Mohyideen Bin Haji Wan Musa ini telah direalisasikan oleh Tan Sri Dato’ Paduka Dr. Abdul Hamid bin Othman dan Dato Zainal Abidin bin Haji Abdul Kadir.


Pada tahu 1970-an sekolah-sekolah menengah agama rakyat kurang mendapat sambutan kerana sistem pentadbirannya yang tidak teratur dan kurang prasarana. Pada masa yang sama, kesedaran masyarakat terhadap pendidikan semakin meningkat. Oleh itu Kementerian Pelajaran pada masa itu telah berunding dengan kerajaan-kerajaan negeri di Semenanjung Malaysia agar sistem pentadbiran dan kurikulum di sekolah-sekolah agama diselaraskan dengan sekolah menengah harian.


Kebanyakkan sekolah agama sebelum ini menitikberatkan Pengajian Islam dan Bahasa Arab sahaja tanpa memberi perhatian kepada matapelajaran yang lain seperti yang wujud di Sekolah Menengah Kebangsaan misalnya matapelajaran Sains, Matematik, Geografi dan lain-lain. Fenomena ini berlaku kerana sekolah-sekolah agama tidak berkemampuan untuk menyediakan bilik-bilik makmal yang mahal harganya. Implikasinya lulusan sekolah agama kurang mampu bersaing dalam pasaran sumber tenaga manusia dan cabaran masyrakat semasa.


MAKTLAMAT SMKA

  • Mendidik pelajar dengan keperibadian Islam 
  • Membekalkan ilmu yang memenuhi tuntutan duniawi dah ukhrawi 
  • Memperkembangkan potensi pelajar dari segi minat, kreativiti, sahsiah dan kepimpinan 
  • Memberi peluang kepada pelajar untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang ilmu dalam dan luar Negara 
OBJEKTIF 
  • Mencapai kecemerlangan kurikulum dan ko-kurikulum 
  • Melahirkan pelajar yang mengamalkan akhlak mulia 
  • Membentuk generasi pelajar sebagai pemimpin yang boleh diteladani 
  • Melahirkan pelajar yang mempunyai ketahan diri dalam menghadapi cabaran budaya yang bercanggah dengan nilai-nilai Islam 
  • Menyediakan pelajar yang dapat memberi sumbangan yang berkesan bagi memenuhi keperluan Negara dan ummah 
FALSAFAH 

"Usaha yang terancang, terkawal dan berterusan berasaskan panduan ilmu, iman dan amal soleh serta budaya Islam dan suasana pembelajaran yang seimbang kearah melahirkan pelajar yang berilmu pengetahuan, seimbang, cemerlang, berakhlak mulia, bertakwa dan bertanggungjawab untuk mengamalkan cara hidup islam serta mampu memberi sumbangan yang bermanafaat kepada agama, diri, ummah dan Negara." 

MISI 

Bagi merealisasikan hasrat menjadi SMKA sebagai institusi pendidikan terbilang, warga SMKA akan komited : 
  • Menterjemahkan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dalam membentuk realiti ilmu dan penghayatan Al-Quran dan Al-Sunnah 
  • Menjana Individu cemerlang dan kuat pegangan agama 
  • Mengamalkan budaya kerja berkualiti, telus, efisien dan efektif berasaskan nilai-nilai Islam 
  • Melaksanakan pendekatan bestari yang komprehensif dan efektif dalam pengurusan kurikulum, hal ehwal murid dan kokurikulum 
  • Mewujudkan prasarana yang mencukupi dan persekitaran yang kondusif berteraskan iklim sini Mewujudkan jalinan pemuafakatan dengan ‘stakeholder’, kominiti setempat dengan agensi-agensi luar 
KEISTIMEWAAN SMKA 
  • Berusaha mengamalkan budaya hidup Islam 
  • Banyak peluang melanjutkan pelajaran 
  • Menguasai B. Arab, jawi & Kemahiran Al-Quran Potensi menjadi tenaga pakar yang faham Islam Lahir pendakwah yang berhikmah & bertanggungjawab
BIL
NEGERI
SEKOLAH
1PERLISSMKA Arau
2PERLISSMKA (P) Kangar
3KEDAHSMKA Kedah
4KEDAHSMKA Baling
5KEDAHSMKA Sik
6KEDAHSMKA Yan
7PULAU PINANGSMKA (L) Al-Mashoor
8PULAU PINANGSMKA (P) Al-Mashoor
9PULAU PINANGSMKA Nibong Tebal
10PULAU PINANGSMKA Al-Irsyad
11KUALA LUMPURSMKA Kuala Lumpur
12NEGERI SEMBILANSMKA Sheikh Haji Mohd Said
13NEGERI SEMBILANSMKA Pedas
14PERAKSMKA Sultan Azlan Shah
15PERAKSMKA Slim River
16PERAKSMKA Kerian
17SELANGORSMKA Simpang Lima
18SELANGORSMKA Kuala Selangor
19SELANGORSMKA Maahad Hamidiah
20MELAKASMKA Sharifah Rodziah
21MELAKASMKA Sultan Muhammad
22JOHORSMKA Maahad Muar
23JOHORSMKA Segamat
24JOHORSMKA Johor Bahru
25JOHORSMKA Bandar Penawar
26PAHANGSMKA Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang
27PAHANGSMKA Pahang
28TERENGGANUSMKA Sheikh Abdul Malik
29TERENGGANUSMKA Tok Jiring
30TERENGGANUSMKA Wataniah
31TERENGGANUSMKA Durian Guling
32TERENGGANUSMKA Kuala Abang
33TERENGGANUSMKA Nurul Ittifaq
34KELANTANSMKA Naim Lil Banat
35KELANTANSMKA Falahiah
36KELANTANSMKA Wataniah
37KELANTANSMKA Melor
38KELANTANSMKA Tangok
39KELANTANSMKA Lati
40SABAHSMKA Tun Sakaran
41SABAHSMKA Sandakan
42SABAHSMKA Muhamad Ali Ranau
43SABAHSMKA Inanam
44SABAHSMKA Limauan
45SABAHSMKA Kota Kinabalu
46SABAHSMKA Tun Datu Mustapha
47SABAHSMKA Tun Said
48SARAWAKSMKA Sheikh Haji Othman Abdul Wahab
49SARAWAKSMKA Matang
50SARAWAKSMKA Sibu
51SARAWAKSMKA Miri
52SARAWAKSMKA Tun Ahmad Zaidi
53SARAWAKSMKA Limbang
54SARAWAKSMKA Igan
55SARAWAKSMKA Seri Aman

We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon