Wednesday, 9 September 2020

Video buli dalam asrama tular di media sosial



Sebuah video tular di media sosial menyaksikan seorang murid dibelasah dua orang murid lain dipercayai berlaku di sebuah asrama sebuah sekolah di Kelantan.


Video tersebut disebarkan oleh seorang netizen di sebuah kumpulan facebook IRDK Kelantan (Original).





Di dalam video berdurasi 26 saat kelihatan mangsa disepak dan terjatuh, kemudian diangkat semula sebelum ditendang hingga terjatuh semula.


Video tersebut kini mendapat kecaman warga net dan meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas kerana perbuatan buli adalah kesalahan disiplin yang serius.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon