Saturday, 24 October 2020

Apa beza penulisan Impak dan Refleksi dalam RPH?

REFLEKSI atau IMPAK perlu ditulis setelah berakhirnya satu-satu PdPc.

IMPAK merupakan SEBAHAGIAN daripada REFLEKSI.


PERSAMAAN refleksi dengan impak ialah kedua-duanya mencatatkan: 

  • JUMLAH/BILANGAN murid dan BUKAN PERATUSAN murid yang mencapai objektif dan yang tidak mencapai objektif. 
  • TINDAKAN yang akan dilaksanakan untuk mengatasi masalah pembelajaran murid.


PERBEZAAN refleksi dengan impak ialah refleksi mencatatkan PENAMBAHBAIKAN yang akan dibuat dalam PdPc akan datang.



...............................


CONTOH IMPAK


23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang.


CONTOH REFLEKSI


23/26 orang mencapai semua objektif manakala 3/26 tidak mencapai objektif yang kedua dan telah diberikan latihan pemulihan dan akan dibimbing lagi dalam PdPc penulisan karangan akan datang. LPG akan dipermudah untuk kelas akan datang.


Sumber: FB Cikgu Zahan


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon