Saturday, 24 October 2020

Apa maksud Objektif Pembelajaran & Kriteria Kejayaan




APA BEZANYA ‘Objective Learning’ dan ‘Success Criteria’?


Apabila ingin menulis tentang objektif, guru perlu menyoal, “Apa?”. Contohnya, “Apa yang akan murid pelajari?”. Maka penulisan objektif akan menunjukkan isi pembelajaran yang hendak disampaikan.


Bagi penulisan kriteria kejayaan pula, ajukan persoalan melalui kata tanya “bagaimana?”. Melalui kriteria kejayaan, murid dan guru akan dapat mengetahui bagaimanakah bentuk pencapaian yang perlu dicapai oleh murid, berpandukan objektif pembelajaran tadi. Contohnya, “Bagaimanakah percapaian yang boleh dikatakan mereka berjaya?”.


Apakah itu objektif pembelajaran?


Objektif pembelajaran ialah pernyataan yang menerangkan apa yang ingin dan perlu dicapai oleh murid pada akhir pembelajaran. Kemahiran apa, topik apa, dari bahan apa, berapa banyak soalan atau latihan yang akan dinilai sebagai kayu ukur dan bagaimana kemahiran itu dapat dinilai secara zahir.


Apakah itu kriteria kejayaan?

Kriteria kejayaan aialah elemen-elemen kecil daripada objektif pembelajaran.


Contoh:

Objektif pembelajaran:

Pada akhir pembelajaran, murid boleh menulis 5 ayat majmuk untuk menerangkan gambarajah yang diberi.

Kriteria kejayaan:

1. Murid boleh mengenal jenis kategori dan elemen dalam gambar rajah yang diberi.

2. Murid menguasai jenis-jenis kata majmuk.

3. Murid boleh menulis ayat yang gramatis dan menghasilkan ayat majmuk


------------------------------------- 

Objektif pembelajaran:

1. Menulis 1 perenggan isi karangan aktiviti sukan lasak dengan ayat yang gramatis. 

Kriteria kejayaan: 

1. Membentangkan 4 isi berserta 1 huraian dalam kumpulan. 

2. Menghasilkan 1 perenggan isi dengan 5 ayat yang lengkap. 

 --------------------------------------


Sains

===== 

OBJEKTIF: Murid dapat menghuraikan 3 contoh makanan berdasarkan kepentingannya dengan betul.

KRITERIA KEJAYAAN

1. Membentangkan 3 contoh makanan mengikut pengelasan kepentingannya. 

2. Menjawab sekurang-kurangnya 5 soalan kuiz dengan betul.


Sumber: Blog Mudah Mengajar


We Share because We Care

2 comments:


EmoticonEmoticon