Sunday, 11 October 2020

COVID-19: Kekeliruan mukim, 3 lagi sekolah diarah tutup


SHAH ALAM – Dua buah sekolah rendah dan satu sekolah menengah ditutup berkuatkuasa semalam susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) Mukim Klang.


Sekolah terlibat adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Seri Muda, SK Taman Seri Muda 2 dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Seri Muda.


Menurut Pejabat Pendidikan Negeri, arahan penutupan tersebut dilakukan selepas penelitian mendapati sekolah itu terletak di kawasan Mukim Klang walaupun beralamat di Shah Alam.


Katanya, penutupan itu melibatkan seramai 3,930 murid dan pelajar serta 238 guru.


“Secara pecahannya, SK Taman Muda mempunyai 836 murid dengan 53 guru dan SK Taman Seri Muda 2 pula terdapat 1,231 murid dan 76 guru.


“Manakala bagi SMK melibatkan 1,863 pelajar dengan 109 guru,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.


Semalam, akibat kekeliruan kawasan Mukim Klang menyebabkan dua buah sekolah diarahkan tutup iaitu SK dan SMK Jalan Kebun. Kedua-dua sekolah ini melibatkan lebih 5,000 pelajar dengan jumlah 289 guru.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon