Saturday, 24 October 2020

COVID-19: KPM tutup 177 institusi pendidikan di Seremban

KUALA LUMPUR: Semua institusi pendidikan dalam zon merah di Seremban, ditutup bermula Isnin ini hingga 9 November.


Kementerian Pendidikan dalam kenyataan hari ini berkata, penutupan itu membabitkan 177 institusi merangkumi sekolah rendah dan menengah, institusi pendidikan guru dan sekolah swasta.


"Kementerian Pendidikan mengambil perhatian peningkatan kes positif COVID-19 di Seremban dan daerah ini sudah disahkan sebagai zon merah oleh Kementerian Kesihatan.


"Ini selaras dengan perutusan khas Perdana Menteri (Tan Sri Muhyiddin Yassin) pada 6 Oktober berhubung keputusan kerajaan menutup sekolah di kawasan yang disahkan zon merah," katanya, di sini hari ini.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon