Friday, 2 October 2020

COVID-19: Seorang guru maut, semua sekolah di Sabah bakal ditutup 2 minggu

KOTA KINABALU: Semua sekolah di Sabah dijangka ditutup selama dua minggu selepas seorang guru meninggal dunia akibat Covid-19.

Portal The Star melaporkan perkara itu dengan memetik kenyataan pegawai kanan Kementerian Pendidikan.


Sementara itu, Pengarah Pendidikan, Dr. Mistrine Radin berkata, maklumat mengenai guru berkenaan tidak boleh didedahkan.


Pemeriksaan di Hospital Semporna mendapati guru tersebut meninggal dunia di situ.


Seorang pegawai hospital berkata, pengarah hospital sedang berbincang dengan kementerian untuk mengeluarkan kenyataan.


Dr. Mistrine bagaimanapun mengesahkan seorang guru lelaki maut akibat Covid-19, namun enggan mengulas lanjut.


Katanya, ketika ini semua 50 sekolah di daerah itu tekah ditutup sehingga 12 Oktober.


Semporna merupakan salah satu daerah zon merah akibat Covid-19 selain Tawau, Lahad Datu dan Kunak.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon