Wednesday, 14 October 2020

Guru tinggal dalam kawasan PKPB perlu hadir bertugas jika sekolah di luar kawasan perintah

PUTRAJAYA – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menyediakan tiga pautan Soalan Lazim (FAQ) sebagai panduan kepada guru, ibu bapa, pelajar dan orang awam sepanjang pelaksanaan arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).


Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, KPM memaklumkan FAQ berkenaan boleh dimuat turun melalui portal rasmi KPM iaitu www.moe.gov.my.


Menurutnya, FAQ berkenaan adalah berkaitan penutupan sekolah dan institusi pendidikan di bawah KPM.


“KPM berharap FAQ ini dapat menbantu memberi penjelasan terhadap persoalan dan kekeliruan yang mungkin timbul berikutan penutupan sekolah dan institusi pendidikan yang terjejas akibat penularan wabak Covid-19,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Antara kandungan FAQ tersebut menyatakan guru yang tinggal di dalam kawasan PKPB masih perlu hadir bertugas jika sekolahnya berada di luar kawasan perintah tersebut dengan syarat menunjukkan surat kebenaran majikan.


"Sekolah-sekolah juga dibenarkan untuk menunda Peperiksaan Percubaan SPM dan membuat penjadualan semula pada tarikh yang sesuai," katanya lagi.


Bermula hari ini, seluruh Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya terbabit dengan arahan pelaksanaan PKPB selama 14 hari sehingga 27 Oktober ini.


Selain itu, PKPB turut dilaksanakan di seluruh Sabah bermula semalam sehingga 26 Oktober ini







We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon