Friday, 2 October 2020

Hari Sukan Negara ditangguhkan di semua peringkat

Putrajaya: Kementerian Belia dan Sukan (KBS) menangguhkan sambutan Hari Sukan Negara (HSN 2020) yang dijadualkan berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) pada 10 Oktober ini ke satu tarikh bersesuaian kelak.


Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican berkata, sambutan HSN 2020 di peringkat negeri, kementerian dan agensi kerajaan juga disaran mengambil langkah sama.


Menurutnya, penangguhan itu turut membabitkan sekolah, persatuan dan komuniti sukan.


"Keputusan itu mengambil kira situasi peningkatan jumlah kes Covid-19 dan sebagai langkah berjaga-jaga bagi mengelak risiko penyebaran wabak demi memelihara kesejahteraan dan keselamatan semua pihak," katanya dalam kenyataan hari ini.


Beliau berkata, semua penggiat sukan juga diingatkan agar sentiasa menjaga diri, kekal sihat dan aktif mengikut garis panduan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), KBS dan pihak berkuasa tempatan (PBT).


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon