Friday, 9 October 2020

KPM dibenar keluar arahan tutup sekolah tanpa penilaian Kementerian Kesihatan - PM



PETALING JAYA: Mesyuarat khas Majlis Keselamatan Negara (MKN) mengenai pengurusan Covid-19 bersetuju supaya Kementerian Pendidikan mengeluarkan arahan menutup sekolah jika terdapat guru atau murid disahkan positif tanpa menunggu penilaian risiko Kementerian Kesihatan Malaysia.


Perdana Menteri Muhyiddin Yassin berkata, keputusan itu dibuat selepas peningkatan kes Covid-19 di Selangor dan Kuala Lumpur termasuk melibatkan SK Bangsar apabila 2 muridnya disahkan positif Covid-19.


“Memandangkan kes di negeri ini masih menunjukkan peningkatan, mesyuarat bersetuju supaya Kementerian Pendidikan meneliti keperluan menutup sekolah di seluruh Sabah. Menteri Kanan Pendidikan akan membuat pengumuman rasmi mengenai perkara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.


Muhyiddin turut memaklumkan mesyuarat itu turut bersetuju supaya KKM berbincang dengan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk mendapatkan bantuan dari segi kemudahan perubatan yang boleh ditawarkan Kor Perubatan ATM, berhubung isu kapasiti merawat pesakit Covid-19 di Sabah.


“Saya juga sudah mengarahkan Jabatan Imigresen Malaysia memberi keutamaan kepada pengurusan pendatang asing tanpa izin (PATI) di Sabah yang menjadi antara punca merebaknya pandemik Covid-19 di negeri tersebut.


“Ini termasuk keperluan meningkatkan kapasiti depot tahanan Imigresen untuk menempatkan PATI yang ditahan dan memastikan semua tahanan tidak terdedah kepada risiko jangkitan Covid-19,” katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon