Tuesday, 13 October 2020

Muat Turun Format Baharu SPM Bahasa Inggeris Mulai 2021 Sejajar CEFR


Lembaga Peperiksaan (LP), Kementerian Pendidikan Malaysia telah dipertanggungjawabkan untuk menggubal dasar-dasar pentaksiran, peperiksaan dan pengujian pendidikan berasaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan matlamat kurikulum.


Sehubungan dengan itu, perekaan bentuk format pentaksiran baharu Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dilaksanakan oleh LP sebaik sahaja Kementerian Pendidikan Malaysia meluluskan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima mulai tahun 2020.


Perekaan bentuk tersebut dilaksanakan dalam lima fasa utama iaitu pengkonsepsian, penentuan instrumen, pembinaan instrumen, kajian kesesuaian instrumen dan pemurnian serta penyediaan dokumen pentaksiran. Hal yang demikian bertujuan untuk memastikan agar kualiti pentaksiran dan peperiksaan kebangsaan mempunyai suatu standard atau piawai.


Perekaan bentuk ini melibatkan semua mata pelajaran, termasuklah mata pelajaran Bahasa Inggeris yang Dijajarkan Kepada CEFR yang merupakan mata pelajaran teras pada peringkat SPM.


Buku format pentaksiran ini diterbitkan dengan hasrat untuk mendekatkan pentaksiran dengan masyarakat, terutama semua guru, ibu bapa, murid dan calon peperiksaan.


Muat Turun : Buku Format Pentaksiran Bahasa SPM Bahasa Inggeris 2021



Muat Turun : Buku Format Pentaksiran Bahasa SPM Bahasa Inggeris 2021

We Share because We Care

3 comments:

  1. do answer provided?
    for the new fromat spm english exam paper

    ReplyDelete
    Replies
    1. asking the same question as well....anybody with d marking scheme? please share

      Delete
  2. Do have any sound track for the listening part ? Thank you very much if yes.

    ReplyDelete


EmoticonEmoticon