Sunday, 11 October 2020

Murid tahun enam diperkosa 5 lelaki

Imej hiasan

DUNGUN: Polis menahan lima lelaki yang disyaki memperkosa murid Tahun Enam, di FELDA Ketengah Jaya, 29 September lalu.


Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Baharudin Abdullah, berkata suspek yang berusia 16 hingga 23 tahun itu ditahan awal pagi tadi susulan laporan dibuat mangsa.


Baharudin berkata, dalam kejadian jam 9 malam, 29 September lalu, mangsa dikatakan menunggang motosikal bersendirian untuk mengambil ibunya yang berniaga di pasar malam, tidak jauh dari rumah.


"Dalam perjalanan itu, mangsa ditahan dua suspek yang seorang daripadanya dikenali mangsa, sebelum mengajaknya ke tempat yang sunyi.


"Sebaik tiba di tempat tersorok dalam ladang sawit, mangsa yang pelik dengan perbuatan suspek cuba menghubungi seseorang untuk meminta tolong, namun telefon bimbit mangsa dirampas," katanya.


Katanya, mangsa dirogol oleh kedua-dua suspek sebelum tiga lagi rakan suspek datang dan turut merogol mangsa.


"Semua suspek dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun untuk siasatan lanjut, sementara mangsa dirawat di Hospital Dungun.


"Kes disiasat mengikut seksyen 375(b) Kanun Keseksaan," katanya.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon