Tuesday, 20 October 2020

PKPB: Pekerja Sektor Awam Dan Swasta Perlu Bekerja Dari Rumah Mulai 22 Oktober

Dalam sidang media harian perkembangan Covid-19 hari ini, Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan bahawa pekerja di sektor awam dan swasta tidak dibenarkan untuk ke pejabat.


Beliau menegaskan bahawa pekerja di sektor awam dan swasta perlu meneruskan pekerjaan di rumah dan pihak majikan perlu mengeluarkan surat rasmi memberi kebenaran untuk bekerja di rumah.


Beliau menegaskan bahawa pekerja di sektor awam dan swasta di peringkat pengurusan dan pengawasan perlu meneruskan pekerjaan di rumah dan pihak majikan perlu mengeluarkan surat rasmi memberi kebenaran untuk bekerja di rumah.


Walaubagaimanapun, terdapat pengecualian bagi proses kerja yang memerlukan keberadaan di pejabat seperti bahagian yang terlibat dalam urusan kewangan yang membuat bayaran, pengurusan, penguatkuasaan dan kebajikan.


SWAB test ditanggung oleh PERKESO


Dalam pada itu, pekerja yang bergejala covid-19 di zon merah disarankan untuk melakukan Swab test yang akan ditanggung oleh PERKESO.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon