Thursday, 15 October 2020

PKPP: Aktiviti sukan dan kokurikulum dibenar dalam kawasan sekolah sahaja

PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melalui Bahagian Sukan, Kokurikulum dan Kesenian telah mengeluarkan satu surat arahan kepada semua Pengarah Pendidikan negeri bagi memaklumkan berkenaan pelaksanaan aktiviti sukn dan kokurikulum dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).


"KPM telah membuat penambahbaikan terhadapa Garis Panduan Pembukaan Semula Sekolah dengan mengeluarkan Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah Dalam Norma Baharu pada 5 Oktober 2020. Garis panduan itu turut menrangkumi Garis Panduan Pelaksanaan Aktiviti Sukan dan Kokurikulum yang terkini," jelasnya.


KPM memutuskan agar langkah-langkah pencegahan dan kawalan penularan wabak COVID-19 dalam kalangan warganya termasuk melalui aktiviti sukan dan kokurikulum perlu dilakukan berikutan peningkatan kes yang mendadak.


"Semua pelaksanaan aktiviti sukan dan kokurikulum peringkat sekolah termasuk aktiviti pembangunan, hanya perlu dilaksanakan di dalam kawasan sekolah sahaja berdasarkan keutamaan dan keperluan," katanya lagi.


Kelulusan KPM diperlukan untuk sebarang penganjuran yang tidak dapat dielakkan.


"Semua aktiviti secara bersemuka di sekolah di zon PKPB/PKPD ditangguhkan selaras dengan arahan penutupan sekolah oleh KPM. Namun begitu aktiviti secara dalam talian masih boleh diteruskan," katanya.




We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon