Monday, 9 November 2020

COVID-19: Guru dibenar ke sekolah hanya untuk ambil barang, guna internet - KPM


PUTRAJAYA: Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah memaklumkan melalui satu surat berkenaan arahan pengajaran dan pembelajaran di rumah kepada semua pentabir di peringkat Jabatan Pendidikan Negeri masing-,masing.


Menurut Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Haji Adzman Talib, sepanjang tempoh penutupan sekolah, pengajaran dan pembelajaran akan tetap diteruskan secara Home-based Learning mengikut kesesuaian guru dan murid.


"Pentadbir sekolah di negeri yang dilaksanakan PKPB atau bukan PKPB perlu memastikan guru serta murid melaksanakan pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).


"Di sepanjang tempoh ini, guru hendaklah bekerja dari rumah (BDR). Semua guru dikendaki berada di stesen tempat bertugas masing-masing dan sentiasa bersedia sekiranya diarah hadir bertugas mengikut arahan Ketua Jabatan," katanya.


Menurut beliau lagi, guru perlu melaksanakan PdPR dan tidak perlu hadir bertugas di sekolah mengikut jadual harian seperti biasa. Namun, jika bahan PdP berada di sekolah dan talian internet di sekolah lebih baik, guru dibenarkan berada di sekolah.


"Kehadiran ke sekolah adalah berdasarkan arahan Ketua Jabatan serta mematuhi semua SOP yang ditetapkan," katanya lagi.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon