Sunday, 1 November 2020

Dua murid Tingkatan 3 dan 4 positif COVID-19

IPOH: Dua pelajar dari Sekolah Raja Perempuan Taayah disahkan positif Covid-19 selepas menjalani ‘swab test’ (ujian calitan).


Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam dan Penerangan Negeri, Mohd Akmal Kamarudin berkata, dua pelajar dikesan positif selepas ujian calitan dilakukan terhadap lebih 300 pelajar dan guru daripada pusat pengajian tersebut.


“Selepas menjalani swab test, dua orang daripadanya didapati positif iaitu satu daripadanya Tingkatan 3 dan Tingkatan 4.


“Susulan itu, lebih 70 orang pelajar menjalani kuarantin di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, Ulu Kinta dan selebihnya di sekolah Taayah,” katanya di sini pada Ahad.


Mohd Akmal berkata, kesemua mereka sudah menjalani kuarantin sejak Ahad lalu berikutan sebahagiannya bergejala dan mempunyai kontak rapat.


“Terbaharu seorang lagi mengalami sesak nafas, tetapi kita tidak pasti lagi positif atau tidak,” katanya.


Katanya lagi, setakat ini tiada lagi kes positif yang baharu yang di laporkan di Sekolah Izzuddin Shah, Ipoh.


Terdahulu, media melaporkan Sekolah Izzuddin Shah dan Sekolah Raja Perempuan Taayah ditutup sementara berikutan seorang pelajar dikesan positif Covid-19.


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon