Saturday, 28 November 2020

Guru di Malaysia antara paling berdedikasi di dunia - Cambridge Assessment

Imej hiasan

Sebuah kajian oleh pelajar tahun akhir jurusan pendidikan di Cambridge Assessment International Education mengenai kesungguhan guru dalam memberikan pendidikan yang terbaik kepada murid.


Hasil kajian tersebut telah diterbitkan dalam laporan Global Education Census 2018 melibatkan 10 buah negara seperti Argentina, China, India, Indonesia, Malaysia, Pakistan, Arab Saudi, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat. Daripada keseluruhan responden, seramai 477 murid dan 634 guru dari Malaysia telah mengambil bahagian dalam kajian tersebut.


Beberapa kriteria yang terlibat dalam kaji selidik seperti pembelajaran dalam kelas, penggunaan alat bantu mengajar, penggunaan teknologi dalam pelajaran dan pembelajaran, aktiviti ko-kurikulum, aspirasi murid dan motivasi guru.


Menurut hasil kajian tersebut mendapati 3 daripada 4 orang guru akan mengadakan kelas tambahan di luar waktu pengajaran dan pembelajaran demi memastikn murid menguasai sesuatu subjek dengan lebih baik.



We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon