Saturday, 21 November 2020

Individu dakwa Ustaz Ebit Lew pilih bulu beri bantuan

Ustaz Ebit Lew seperti mana yang sedia maklum terkenal dengan sifat dermawannya yang membantu kumpulan-kumpulan individu yang kesusahan.


Aktiviti amal beliau mula mendapat perhatian setelah beliau memuatnaik pelbagai sumbangan melalui laman Facebook rasminya.


Apa yang menarik berlaku pada kali ini adalah seorang individu telah mendakwa Ustaz Ebit Lew memilih untuk menyumbang bantuan.


Dakwaan beliau dibuat melalui ruangan komen di satu siaran laman FB Sinar Harian yang memaparkan bantuan dermawan tersebut kepada seorang individu OKU yang kehilangan sebuah motorsikal akibat terbakar.


Beliau turut mendakwa telah memohon bantuan dermawan tersebut, namun telah disekat untuk terus berinteraksi di laman FB rasmi Ustaz Ebit Lew.


Ramai netizen terkejut dengan dakwaan beliau hingga menuduh beliau menfitnah dermawan tersebut. Beliau sebaliknya menafikan tuduhan tersebut dengan mengemukakan bukti tersebut di laman peribadi FB nya sendiri.


Sehingga kini tiada ulasan rasmi daripada Ustaz Ebit Lew


We Share because We Care

Comments


EmoticonEmoticon